Booking.com
Booking.com

21 Aug 2013

Seperti Dulu

Bersempena bulan Syawal yang mulia ini masih belum terlambat jika saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Hari ni hari kedua memulakan kerja di JKM Perlis setelah disambung kontrak kali keempat. Syukur Alhamdulillah. Sebulan puasa dulu sibuk dengan bisnes kurma, siap berniaga di Hotel Seri Malaysia lagi. Tapi tak kaya jugak. Haha. Syawal kali nie kali keempat beraya tanpa arwah tok wan. Lepas solat raya je aku singgah ke pusara tok wan. Lama sangat tak pergi. Aku tak nak lupa kisah-kisah manis tu. Aku harap aku seperti dulu, seperti sebelum berlaku perubahan besar setelah menerima seseorang dalam sudut hati ni. Aku seorang yang patuh dan taat kepada Allah dan keluarga. Tapi setelah hadir perasaan tu pada dia aku rasa hidup masa tu terumbang-ambing. Padanlah dengan perniagaan aku yang baru bertapak pada 2008 tu terus bungkus. Semua salah aku juga. Aku rindu masa dulu, masa aku remaja dan masih bergelar pelajar. Masa tu aku rasa itulah saat terbaik aku. Tapi setelah  mencengkam usia dewasa, banyak kekhilafan yang aku sesal hingga kini.
Masih seperti dulu. Itu aku harapkan.
Pada malam 1 Syawal lalu, aku rasa betul perit, pedih dan geram dengan seseorang ni yang bukannya orang lain dengan aku. Aku tak dapat maafkan la orang yang rosakkan mood raya aku. Bulan ni bulan kemaafan bukan bulan nak cari gaduh. Mentaliti orang kita memang teruk sebab tu ada yang tak kemana. Patut ke cakap orang lain pun ada tok jugak tapi tak lupa adik beradik lain. Awak cakap macam tu macam la awak tahu hati saya, lupa ke tak lupà. Memang orang lain ada tok jugak tapi tak semua macam tok aku yang perlu bantuan kerusi roda dan tongkat. Kalau sekadar nak jumpa, awak ada kemudahan, awak làgi patut datang cari saya bukan saya cari awak. Mungkin kalau awak terbaca ni awak fikirlah sendiri. Awak jangan rasa awak tu betul sangat. Saya tahu saya banyak buat salah.

No comments:

Post a Comment