Booking.com

26 Aug 2013

Mini Merdeka Contest


Assalamualaikum, Salam Merdeka kepada semua. Hujung minggu ini kita akan menyambut kemerdekaan negara yang ke 56 bertema Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


Untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan kita, saya adakan satu contest sempena sambutan kemerdekaan kita pada 31 Ogos 2013 ini. 
Hadiah untuk pertandingan ini bernilai kurang RM 100. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk perkongsian semangat kenegaraan dan sebagai mengeratkan hubungan antara blogger Malaysia. Berikut adalah syarat pertandingan.

1. Anda perlulah follow blog duniazumal.blogspot.com
2. Peserta perlu comment pada entry ini dengan 'Saya Join' berserta link untuk ke blog anda
3. Anda perlu memaparkan logo entry ini pada post di blog anda dari sekarang sehingga 16 September 2013 beserta link duniazumal.blogspot.com
4.Di dalam post anda itu sila masukan slogan pertandingan 'Saya sayang Malaysia kerana.....' 
5. Saya akan memilih entry dan slogan yang paling kreatif untuk memenangi pertandingan ini.
6. Semua peserta yang menyertai pertandingan ini perlu emailkan maklumat seperti Nama penuh, Alamat dan Nombor Telefon ke zumal84@gmail.com bagi memudahkan saya menghubungi anda.
7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan apa bentuk sekalipun.

24 Aug 2013

Jom Lepak

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu yer. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa tajuk post kali nie pelik. Adakah saya nak ajak masyarakat berbudaya negatif? Bukan begitu. Jangan salah sangka. Saya cuma nak komen pasal budaya lepak nie. Berbual kosong atau menenggek di shopping mall sambil mengganggu anak dara orang lalu lalang memang tak baik sesangat la jika itu yang dijadikan agenda lepak anda. Saya juga suka melepak tapi bukan untuk jadi kacang hantu dan lepak tanpa faedah. Jadikanlah lepak anda tu lebih positif. Suatu ketika dulu semasa aktif dalam dunia MLM saya kerap lepak dengan kawan-kawan bisnes dan para prospek hingga lewat pagi. Bagi saya lepak seperti itu mendapat faedah kerana saya dapat belajar ilmu-ilmu bisnes dari kawan-kawan serta dapat income untuk sara hidup. Tu la jangan salah anggap pada budaya lepak nie. Ada kebaikkan jika tujuan tu baik. Masa kini ada juga mereka yang lepak di kedai-kedai makan yang ada wifi sambil online tengok graf turun naik kat laptop, yang tu pun lepak positif juga. Buat income dengan forex. Memang banyak orang suka lepak, maklum la boleh hilangkan stress dan boring. Tapi janganlah lepak bagi orang lain stress, mana tidaknya ada yang lepak di bahu-bahu jalan sampai ganggu lalu lintas dan ada yang menyakat anak dara orang kat shopping mall. Apa yang nak disampaikan saya adalah upgrade la budaya anda bagi boleh jadi sumber income, lepak tu lepak juga jangan abai keluarga dan jangan lupa solat. Renung-renungkan, selamat beramal.
Tengah lepak sambil geledah blog. ;)

22 Aug 2013

Sekitar Jamuan Aidilfitri Unit Tadbiran & Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

Pagi tadi unit kami di JKM buat jamuan raya. Meriah juga tengok gelagat kawan-kawan masa buat persiapan. Semua hidangan memang power la. Sedap hingga menjilat jari. Thanks kepada yang menjayakannya. Masa gini la nak eratkan silaturahim dan hilangkan tension kerja. Ni aku kongsikan gambar para tuan rumah masa nak rasmikan open house sendiri. Pada 1 September nanti JKM dan Majlis Kebajikan akan buat Majlis Aidilfitri besar-besaran kat RSK Kangar.

21 Aug 2013

Seperti Dulu

Bersempena bulan Syawal yang mulia ini masih belum terlambat jika saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Hari ni hari kedua memulakan kerja di JKM Perlis setelah disambung kontrak kali keempat. Syukur Alhamdulillah. Sebulan puasa dulu sibuk dengan bisnes kurma, siap berniaga di Hotel Seri Malaysia lagi. Tapi tak kaya jugak. Haha. Syawal kali nie kali keempat beraya tanpa arwah tok wan. Lepas solat raya je aku singgah ke pusara tok wan. Lama sangat tak pergi. Aku tak nak lupa kisah-kisah manis tu. Aku harap aku seperti dulu, seperti sebelum berlaku perubahan besar setelah menerima seseorang dalam sudut hati ni. Aku seorang yang patuh dan taat kepada Allah dan keluarga. Tapi setelah hadir perasaan tu pada dia aku rasa hidup masa tu terumbang-ambing. Padanlah dengan perniagaan aku yang baru bertapak pada 2008 tu terus bungkus. Semua salah aku juga. Aku rindu masa dulu, masa aku remaja dan masih bergelar pelajar. Masa tu aku rasa itulah saat terbaik aku. Tapi setelah  mencengkam usia dewasa, banyak kekhilafan yang aku sesal hingga kini.
Masih seperti dulu. Itu aku harapkan.
Pada malam 1 Syawal lalu, aku rasa betul perit, pedih dan geram dengan seseorang ni yang bukannya orang lain dengan aku. Aku tak dapat maafkan la orang yang rosakkan mood raya aku. Bulan ni bulan kemaafan bukan bulan nak cari gaduh. Mentaliti orang kita memang teruk sebab tu ada yang tak kemana. Patut ke cakap orang lain pun ada tok jugak tapi tak lupa adik beradik lain. Awak cakap macam tu macam la awak tahu hati saya, lupa ke tak lupà. Memang orang lain ada tok jugak tapi tak semua macam tok aku yang perlu bantuan kerusi roda dan tongkat. Kalau sekadar nak jumpa, awak ada kemudahan, awak làgi patut datang cari saya bukan saya cari awak. Mungkin kalau awak terbaca ni awak fikirlah sendiri. Awak jangan rasa awak tu betul sangat. Saya tahu saya banyak buat salah.