Booking.com

26 Mar 2013

AURA WHITE GLUTA COLLAGEN

KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 400,000MG
Assalamualaikum semua rakan2 bloger dan para pelawat Dunia Zumal, kali ni saya ingin kongsikan kepada anda yang ingin kelihatan putih gebu dalam masa 14 hari... Jom ikuti penerangan tentang Aura White Gluta Collagen
*50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2
* memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
* menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
* mengurangi kedutan dan garis2 halus
* mengecilkan pori2 kulit
* menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
* meningkatkan sistem imunisasi badan
* mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
* mengatasi masalah jerawat dan jeragat
* mengurangi sakit radang/sendi
* mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
* sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
* membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
* mengurangi kolesterol
* menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
* meningkatkan kualiti tidur
* sesuai untuk lelaki dan wanita
Produk pencerahan kulit yang harus dicuba, menghapuskan kekusaman, mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. Satu2 nya produk keluaran Malaysia yang menggunakan teknologi stem sel hasil gabungan 3 jenis tumbuhan/buah - tomato, epal dan roselle serta ditambah benefit kehebatan lain, L-glutathione dan kolagen ikan talapia!
Dengan ramuan berkualiti premium yaang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, betik, sarang burung, astaxanthin dan pinebark, pastinya gabungan mantap yang memberikan 3 kali kuasa pencerahan kulit malah berupaya merangsang penjanaan sel2 kulit baru serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata hanya dalam 14 HARI !!
FORMULA LENGKAP Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, mengurangkan radang serta berupaya memulihkan sel tisu.
RASA YANG LAZAT Berperisa lemon berry bukan sahaja enak diminum tetapi membekalkan khasiat yang tinggi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan dalam satu masa.
TANPA BAHAN TAMBAHAN 100 % semulajadi dan selamat ,tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.
CARA PENGAMBILAN:
1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.
2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang
3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.
4) WAJIB minum air masak /mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.
5) Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)
Jangan lupa contact saya untuk tawaran harga hebat.
012-574 7869

17 Mar 2013

Lain-lain Koleksi Gambar Sekitar Program 1 Million Women Purple Walk

Watch "MOV_0898.mp4" on YouTube

Lain-lain koleksi gambar sekitar Program 1 Million Women Purple Walk Peringkat Negeri Perlis

Watch "MOV_0898.mp4" on YouTube

Sekitar Program 1 Million Women Purple Walk Peringkat Negeri Perlis

Watch "MOV_0827.mp4" on YouTube
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia telah melancarkan Program 1 Million Women Purple Walk pada 17 Mac 2013 sempena Hari Wanita Sedunia dan sebagai mengiktiraf peranan wanita dalam masyarakat.
Di Perlis, program ini bermula sejak 15 Mac lagi. Pada hari tersebut, kerja-kerja persiapan untuk program dijalankan seperti penyediaan booth pameran dan sebagainya. Aku turut terlibat untuk persiapan booth JKM Perlis.
Pada 16 Mac booth pameran mula dibuka. Di booth kami turut dijalankan urutan refleksologi oleh golongan OKU serta pendaftaran sukarelawan kebajikan, jualan kraf OKU dan kutipan sumbangan untuk Tabung Bantuan Kemanusiaan Lahad Datu untuk membantu mereka yang terjejas akibat pencerobohan yang berlaku di sana. Tabung ini telah dirasmikan oleh MB Perlis pada 17 Mac sempena pelancaran 1 Million Women Purple Walk peringkat negeri.
Pada hari sebelumnya gimik pelancaran tabung bantuan telah diadakan oleh peserta Perlis Bikers sempena lawatan mereka ke booth JKM.
Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan baik. Disini aku sertakan gambar-gambar sekitar majlis.

13 Mar 2013

Demi Negara Yang Tercinta

Hayati Lirik Lagu Setia Ini Bersama
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara
Jika dihayati bersama, inilah jiwa para wira negara. Kita juga perlu ada perasaan yang sama untuk Tanah Air tercinta ini. Jangan kerana mendambakan sesuatu kita sanggup mengorbankan tanah tumpah darah kita ini. Sayangilah negara kita, sayangilah kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini.
Sehingga hari ini 10 orang wira negara telah gugur di Lahad Datu, Sabah. Bersamalah kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka dan bersama kita hargai pengorbanan mereka serta para pejuang kita sejak dari awal kemerdekaan kita dahulu. Andai aku turut diberi peluang, ingin juga turut serta mempertahankan negara kita.
Allahuakbar!!!

10 Mar 2013

Perwira Lahad Datu

http://www.youtube.com/watch?v=Ajm9q2PBrFQ&feature=youtube_gdata_player
Insiden pencerobohan di Lahad Datu telah mengejutkan seluruh negara dalam awal minggu lalu. 8 orang pejuang negara telah gugur disana. Sehingga kini operasi masih diteruskan. Semoga Ops Daulat berjaya. Al Fatihah untuk wira negara yang gugur. Bersama kita doakan agar keamanan negara kembali pulih. Insya Allah.

3 Mar 2013

Himpunan Sukarelawan Muda 1 Malaysia

Hari ni aku turun ke Kompleks DUN agak lewat kerana bersangkut dengan tugas stor sejak jam 7.50 pagi. Kini rakan-rakan dah bersedia menanti kunjungan PM.

2 Mar 2013

Himpunan Sukarelawan Muda 1 Malaysia

Sempena lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri Perlis pada 3 Mac 2013. Aku turut serta sebagai Sukarelawan Kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Pada 2 Mac 2013, aku dan rakan-rakan turun padang ke dataran Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis menyiapkan khemah pameran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Esok 3 Mac 2013, program akan bermula 10 pagi. Aku berharap esok program berjalan lancar. Esok aku kongsikan perjalanan program ini.