Booking.com
Booking.com

23 Jan 2013

Aktiviti Tahun Baru 2013

Bermula 10 Januari 2013, adalah hari yang sibuk bagi aku sejak bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Gotong-royong dijalankan bersama seluruh staf untuk memindahkan barang stor dari stor Rumah Seri Kenangan Jejawi ke stor baru diubahsuai di Rumah Kanak-kanak Arau. Hari meletihkan. Pada hari sabtu 12 Januari pula gotong-royong disambung dengan bantuan ahli-ahli sukarelawan JKM. Walaupun penat tapi aku happy sebab boleh bercampur gaul dengan ramai orang.
Pada minggu berikutnya aku menemani Pengarah melawat stor dan beliau berhasrat untuk mengagihkan barang-barang yang terlalu banyak kepada penerima bantuan, rumah-rumah kebajikan dan agensi di bawah JKM Perlis.
Bermula Isnin yang lalu bermula aktiviti pengagihan barang-barang tersebut ke 19 tempat.
Isnin 21 Januari 2013, operasi bermula ke Asrama Anak Yatim Jejawi, Pusat Aktiviti Kanak-kanak Pauh, Rumah Sejahtera Behor Mali, Rumah Hembusan Kasih, Rumah Teduh, Rumah Mak Teh dan Asrama Yayasan Saad.
Hari ini 23 Januari 2013 pengagihan dilakukan di kawasan yang sedikit jauh iaitu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Felda Chuping, Pusat Aktiviti Kanak-kanak Padang Besar, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Felda Mata Ayer, Rumah Sejahtera Kaki Bukit, Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kuala Perlis dan Rumah Darul Falah Behor Masjid. Sekarang barulah aku tahu betapa banyak pusat kebajikan yang ada di negeriku. Jumaat ni akan disambung semula aktiviti pengagihan ke Rumah Sejahtera Batu Bertangkup, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Arau, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kangar, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Residensi dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Indera Kasih Jejawi. Diharap Jumaat ini akan selesai pengagihan semua barang kami.

No comments:

Post a Comment