Booking.com

31 Jan 2013

Selamat Bersara

Hari ini 31 Januari 2013, hari terakhir perkhidmatan Ketua Kerani JKM, Puan Faridah Abd Ghani. Jamuan sempena meraikan perpisahan Puan Faridah dengan JKM Perlis. Majlis diadakan di Restoran Sawadee, Seriab. Disini dikongsikan gambar-gambar sekitar majlis.





23 Jan 2013

Aktiviti Tahun Baru 2013

Bermula 10 Januari 2013, adalah hari yang sibuk bagi aku sejak bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Gotong-royong dijalankan bersama seluruh staf untuk memindahkan barang stor dari stor Rumah Seri Kenangan Jejawi ke stor baru diubahsuai di Rumah Kanak-kanak Arau. Hari meletihkan. Pada hari sabtu 12 Januari pula gotong-royong disambung dengan bantuan ahli-ahli sukarelawan JKM. Walaupun penat tapi aku happy sebab boleh bercampur gaul dengan ramai orang.
Pada minggu berikutnya aku menemani Pengarah melawat stor dan beliau berhasrat untuk mengagihkan barang-barang yang terlalu banyak kepada penerima bantuan, rumah-rumah kebajikan dan agensi di bawah JKM Perlis.
Bermula Isnin yang lalu bermula aktiviti pengagihan barang-barang tersebut ke 19 tempat.
Isnin 21 Januari 2013, operasi bermula ke Asrama Anak Yatim Jejawi, Pusat Aktiviti Kanak-kanak Pauh, Rumah Sejahtera Behor Mali, Rumah Hembusan Kasih, Rumah Teduh, Rumah Mak Teh dan Asrama Yayasan Saad.
Hari ini 23 Januari 2013 pengagihan dilakukan di kawasan yang sedikit jauh iaitu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Felda Chuping, Pusat Aktiviti Kanak-kanak Padang Besar, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Felda Mata Ayer, Rumah Sejahtera Kaki Bukit, Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kuala Perlis dan Rumah Darul Falah Behor Masjid. Sekarang barulah aku tahu betapa banyak pusat kebajikan yang ada di negeriku. Jumaat ni akan disambung semula aktiviti pengagihan ke Rumah Sejahtera Batu Bertangkup, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Arau, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kangar, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Residensi dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Indera Kasih Jejawi. Diharap Jumaat ini akan selesai pengagihan semua barang kami.

3 Jan 2013

Hari Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

Pelbagai anugerah dan cabutan bertuah disampaikan masa Hari Inovasi JKM pada 3 Januari 2013. Paling special ada hidangan kambing bakar lagi. Berpusu-pusu diorang bila tiba time makan. Walaubagaimanapun aku tak makan kambing.

Hari Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis 2012

Hari ni aku sertai Program Hari Inovasi 2012 di Tasoh Lake Resort, Perlis. Walaupun hujan renyai-renyai tapi majlis tetap berjalan lancar. Saya sertakan beberapa foto sekitar majlis.

2 Jan 2013

Tahun Baru 2013

Pada 31 Disember lalu genap 2 tahun pemergian arwah Tok Wan yang amat aku sayang. Sukar untuk aku lupakan kenangan manis bersamanya. Hidup aku dan Tok tidak semeriah dulu. Terkenang gurau senda Tok Wan, nasihat-nasihatnya untuk. Aku amat merasai kehilangan Tok Wan. Al Fatihah.

Pada 31 Disember lepas, aku tukar motor. Scoot aku terlalu uzur jadi terpaksalah tukar yang lain. Aku beli motor Suzuki Smash Revo moga dapatlah aku gunakan pergi balik kerja dan untuk pergi ke UUM nanti. Alhamdulillah berbaloi juga pembelian ini.